Salam Semua.......
Disini saya ingin huraikan sedikit tentang Solat Jamak dan Qasar berdasarkan pemahaman saya mengikuti kuliah agama oleh Ustaz Jamsari di Surau Madrasatul Iman Puchong Utama.
Secara amnya Jamak bermaksud himpun dimana Solat Zohor dihimpun dengan Asar, Solat Maghrib dihimpun dengan Isyak dan Solat Subuh tidak boleh di Jamak atau Qasar. Manakala Qasar bermaksud memendekkan rakaat, dimana Solat Zohor dari 4 rakaat kepada 2 rakaat, begitu juga dengan Solat Asar dan Isyak dari 4 rakaat kepada 2 rakaat. Solat Maghrib kekal 3 rakaat (tidak boleh Qasar).
Solat Jamak dan Qasar boleh dilakukan apabila bermusafir dengan tujuan yang baik seperti balik kampung ziarah ibubapa atau saudara-mara ataupun menunaikan jemputan kenduri kahwin. Tapi kalau bermusafir kerana menonton perlawanan bolasepak atau konsert adalah tidak dibenarkan. Solat Jamak dan Qasar boleh dilakukan apabila perjalanan kita melebihi 2 marhalah (lebih dari 91km) dan boleh dilakukan apabila kita keluar dari rumah kita dan melepasi kawasan kariah (tidak perlu perjalanan melebihi 91km). Solat Qasar boleh dilakukan didalam satu waktu iaitu Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor atau Asar dan Solat Isyak dalam waktu Maghrib atau Isyak, contohnya, Solat Qasar Zohor dibuat 2 rakaat dalam waktu Zohor dan meneruskan perjalanan, apabila tiba waktu Asar menunaikan Solat Qasar Asar 2 rakaat.
Diantara soalan yang diajukan adalah seperti berikut:-
Soalan 1: Contoh kita niat bermusafir untuk menziarahi saudara kita yang jarak perjalanan melebihi 91km, setelah melepasi kawasan kariah kita dan berhenti untuk melakukan Solat Jamak dan Qasar Zohor serta Asar. Setelah menunaikannya tiba-tiba saudara yang hendak kita ziarahi itu talipon yang ianya dah sampai dirumah kita, adakah kita perlu menunaikan semula Solat Zohor dan Asar.
Jawapan 1 : Tidak perlu dilakukan semula walaupun perjalanan kita belum melepasi 91km dengan syarat kita tidak mengetahui yang saudara kita datang untuk menziarahi kita.
Soalan 2 : Apabila bermusafir, berapa hari kita dibenarkan melakukan solat Jamak dan Qasar.
Jawapan 2 : Selama 3 hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. Jika kita merancang untuk bermusafir selama 4 hari atau lebih tidak termasuk perjalanan pergi dan balik adalah tidak dibenarkan. Contoh: memulakan perjalanan pada pagi hari ahad dan sampai ke destinasi pada petangnya dan tinggal selama 4 hari iaitu dari hari isnin hingga khamis dan bertolak balik pada hari jumaat, bermakna kita tidak boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar selama kita tinggal disitu.Solat Jamak dan Qasar boleh dilakukan apabila kita memulakan perjalanan balik.
Insya Allah saya cuba sambung lagi dilain waktu dan kesempatan..... sesungguh yang jahat itu dari saya yang hina ini dan yang betul itu adalah dari Allah S.W.T.
Petikan ini hasil dari pemahaman saya semasa mengikuti kuliah Maghrib di Surau Madrasatul Iman Taman Puchong Utama yang telah disampaikan oleh Ustaz Jamsari. Jika ada sebarang kesilapan minta ditegur dan ianya adalah kelemahan saya sebagai hamba Allah yang dhaif. Mohon diampunkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan