Rabu, 31 Mac 2010

Mengenal Simbol-Simbol Asas Elektronik


          Arus Ulang-alik (AC)               Arial                  Penguat (amplifier)

     
Ammeter                                      Bateri      

                                                 Buzer                                              Kapasitor 

 
Kapasitor Elektrolitik                       Kapasitor Trimmer


 
  Kapasitor Boleh-laras                                   Cel                

 
                       Bekalan Arus Terus (DC)              Bumi (Earth/Ground)  

           Fius                                            Galvanometer

 
Pemanas (Heater)                           Induktor  

Bersambung ........

Selasa, 30 Mac 2010

Sekapur Sireh dari saya....

Salam cbyer untuk semua...
Pertamanya terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.
Bukan maksud saya untuk mengajar, hanya sekadar berkongsi apa yang saya ingat dan jika ada sebarang kesilapan atau penambahan yang perlu dilakukan, dengan rasa rendah hati saya mempersilakan sebarang komen dan ulasan.
Terdapat juga artikel yang saya ambil dan olah mengikut kefahaman saya dan jika ada sebarang kesamaan dengan lain-lain punca mungkin ianya secara kebetulan yang tidak disengajakan.
Saya juga mohon maaf kerana sesetengah gambar saya ambil dari laman web atau blog tanpa mendapat keizinan dari empunya diri.
Sekali lagi jika ada sebarang komen atau ulasan sudi-sudikanlah meluangkan waktu sebagai tatapan umum.
Dan jika ada sesiapa yang ingin mengambil bahan-bahan yang ada didalam blog ini, saya dengan sukahatinya mengizinkannya.
Anggaplah blog ini sebagai tempat untuk berkongsi ilmu pada yang minat pada bahagian elektronik.

sekian dari saya dan salam perkenalan dari alam cyber untuk semua....

Jumaat, 26 Mac 2010

Asas Komponen Elektronik (Perintang - Resistor)

Komponen asas terdiri dari perintang (resistor), Kapasitor (capasitor), Transistor, Diod (diode) dan sebagainya lagi.
Fungsi Perintang, Mengawal arus dan susutan voltan didalam litar. Unit yang digunakan untuk menyukat perintang adalah Ohm.
Semakin tinggi nilai perintang bermakna semakin rendah pengaliran arus didalam litar tersebut. Sifat perintang adalah berlawanan dengan arus.
Ini telah dibuktikan dengan Hukum Ohm's.
Perintang terdiri dari pelbagai saiz dan rupa, terdapat 2 jenis perintang :-
1. Perintang Tetap - dimana nilainya telah ditetapkan dan terdiri dari
2 jenis iaitu Karbon (campuran karbon dan tanah liat) dan berlilit
dawai (nikrom dan mangan).
Untuk mengetahui nilai sesuatu perintang adalah melalui kod warna,
kod nombor yang tertera dibadan perintang.
2. Perintang Boleh-ubah - dimana nilainya boleh dilaras dari 0 ohm
hingga kenilai maksima perintang tersebut. contohnya seperti pelaras
kelajuan kipas siling dan sebagainya.
Semua peralatan elektronik menggunakan perintang didalam litarnya untuk
mengawal sesuatu.
Pada masa ini terdapat dalam saiz yang amat kecil tapi tidak merubah
fungsinya. Contohnya didalam litar talipon bimbit, komputer peribadi dsbg.

bersambung lagi............

Selasa, 23 Mac 2010

Sejarah PLC

Pada awal revolusi industri, mesin yang dikawal sepenuhnya oleh elektronik telah dicipta dan ianya menggunakan relay mengendalikan pergerakan mesin (iaitu tekan Start untuk menjalankan mesin dan tekan Stop untuk menghentikan mesin). Disini penggunaan relay yang terlalu banyak untuk sesetengah mesin membuatkan kotak kawalan mesin menjadi begitu besar. Terdapat juga beberapa fungsi atau fungsi yang terhad yang tidak dapat digunakan untuk mengawal mesin tersebut.
Diantara kelemahan relay adalah :-
- Relay gagal berfungsi.
- Tindakbalas lambat untuk ON/OFF.
- Memerlukan ruang yang luas, masa yang lama untuk menyiapkan
mesin, masa baikpulih yang lama.

Penemuan PLC telah dapat mengatasi semua masalah diatas dan pembangunan serta pembaharuan terhadap PLC terus berkembang pesat dan menjadi permintaan yang amat popular didalam sektor perindustrian masa kini.

Isnin, 22 Mac 2010

Apa itu PLC?

PLC adalah singkatan dari Programmable Logic Controller. PLC banyak digunakan untuk menjalankan mesin-mesin yang ada didalam sektor perindustrian sekarang. PLC berfungsi sebagai mengantikan relay. Relay sebelum ini digunakan untuk membina sesuatu mesin. Diantara keburukkan menggunakan relay adalah memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan sesebuah mesin kerana segala pendawaian litar perlu dilaku satu persatu, Dan lagi kos untuk membina dan membaikpulih yang tinggi dan juga mengambil masa yang lama untuk mengesan atau mencari kerosakan. Selaian daripada itu memerlukan stok alatganti yang tinggi kerana penggunaan relay yang banyak.

Dengan adanya teknologi PLC, kita dapat memendekkan masa untuk membina sesuatu mesin dan dengan pengunaan relay yang amat sedikit menjadikan PLC amat efisien untuk digunakan dalam pembinaan mesin dan ianya berkembang amat pesat sejajar dengan perkembangan industri sekarang ini.

PLC, ia adalah lebih/kurang sebuah komputer kecil dan mempunyai sistem operasi yang sedia terbina (Built-in OS).
OS (operating System) ini direka khusus untuk mengawal atau bertindak pada masa sebenar (Real Time) jika berlaku perubahan pada isyarat masuk (Input Signal). PLC mempunyai input yang akan menentukan tindakan yang perlu dilakukan seterusnya oleh OS (contohnya: suhu diatas/dibawah kawalan, tahap kuantiti masuk cecair dan sebagainya) dan PLC yang mempunyai output akan bertindak secara real time terhadap signal yang masuk (contoh: menjalankan mesin, buka/tutup injap dan sebagainya). Sistem ini telah diprogram mengikut kehendak atau keperluan pengguna dengan menggunakan bahasa yang dipanggil “Relay Ladder” atau “Relay Ladder Logic”.
OS ini sangat khusus untuk menangani peristiwa yang masuk secara real time, iaitu pada saat terjadinya. PLC mempunyai jalur input sensor yang terhubung di mana untuk memberitahu tentang peristiwa (misalnya suhu di atas / di bawah tingkat tertentu, tahap cair sampai, dll), dan mempunyai jalur output untuk isyarat reaksi apapun peristiwa yang masuk (contohnya memulakan sebuah mesin, buka / tutup injap, dll) Sistem ini diprogram pengguna. Menggunakan Bahasa yang disebut "Relay Ladder" atau "Relay Ladder Logic". Nama ini sempena teknologi sebelum ini yang menggunakan “relay” untuk membina sesuatu litar. Dan ianya telah disimulasikan dengan penggunaan teknologi computer.