Selasa, 23 Mac 2010

Sejarah PLC

Pada awal revolusi industri, mesin yang dikawal sepenuhnya oleh elektronik telah dicipta dan ianya menggunakan relay mengendalikan pergerakan mesin (iaitu tekan Start untuk menjalankan mesin dan tekan Stop untuk menghentikan mesin). Disini penggunaan relay yang terlalu banyak untuk sesetengah mesin membuatkan kotak kawalan mesin menjadi begitu besar. Terdapat juga beberapa fungsi atau fungsi yang terhad yang tidak dapat digunakan untuk mengawal mesin tersebut.
Diantara kelemahan relay adalah :-
- Relay gagal berfungsi.
- Tindakbalas lambat untuk ON/OFF.
- Memerlukan ruang yang luas, masa yang lama untuk menyiapkan
mesin, masa baikpulih yang lama.

Penemuan PLC telah dapat mengatasi semua masalah diatas dan pembangunan serta pembaharuan terhadap PLC terus berkembang pesat dan menjadi permintaan yang amat popular didalam sektor perindustrian masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan