Jumaat, 26 Mac 2010

Asas Komponen Elektronik (Perintang - Resistor)

Komponen asas terdiri dari perintang (resistor), Kapasitor (capasitor), Transistor, Diod (diode) dan sebagainya lagi.
Fungsi Perintang, Mengawal arus dan susutan voltan didalam litar. Unit yang digunakan untuk menyukat perintang adalah Ohm.
Semakin tinggi nilai perintang bermakna semakin rendah pengaliran arus didalam litar tersebut. Sifat perintang adalah berlawanan dengan arus.
Ini telah dibuktikan dengan Hukum Ohm's.
Perintang terdiri dari pelbagai saiz dan rupa, terdapat 2 jenis perintang :-
1. Perintang Tetap - dimana nilainya telah ditetapkan dan terdiri dari
2 jenis iaitu Karbon (campuran karbon dan tanah liat) dan berlilit
dawai (nikrom dan mangan).
Untuk mengetahui nilai sesuatu perintang adalah melalui kod warna,
kod nombor yang tertera dibadan perintang.
2. Perintang Boleh-ubah - dimana nilainya boleh dilaras dari 0 ohm
hingga kenilai maksima perintang tersebut. contohnya seperti pelaras
kelajuan kipas siling dan sebagainya.
Semua peralatan elektronik menggunakan perintang didalam litarnya untuk
mengawal sesuatu.
Pada masa ini terdapat dalam saiz yang amat kecil tapi tidak merubah
fungsinya. Contohnya didalam litar talipon bimbit, komputer peribadi dsbg.

bersambung lagi............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan