Rabu, 21 April 2010

Hukum membeli/mengguna Barangan Israel Laknatullah

Salam,
Alhamdullilah baru sebentar tadi kuliah dari Ustaz Abdul Hadi (Imam Masjid Sg. Way) di Surau Madrasatul Iman Puchong Utama. Kuliah Ustaz berkenaan dengan hadis.
Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah tentang hukum kita membeli atau menggunakan barangan keluaran Israel atau produk yang menyokong perjuangan Israel. Majlis Fatwa Malaysia (maafkan saya kalau tersilap) meletakkan hukumnya HARAM umat islam membeli/menggunakan beberapa produk yang secara langsung membantu israel.Antara produk tersebut adalah Mc Donald, Starbuck, Colgate, Nestle dan beberapa lagi produk yang saya dah lupa. Apabila ditanya tentang KFC, Ustaz berkata KFC di Malaysia adalah dibawah JCorp dimana KFC Malaysia tidak menyumbang secara langsung kepada israel dan perkara ini telah dihuraikan dengan lebih jelas oleh pihak pengurusan tertinggi JCorp.Jadi secara amnya KFC tidak termasuk dalam senarai produk yang diharamkan.
Ini serba sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya insan yang dhaif dan masih merangkak utk mencari ilmu Allah.

Wasallam.

Khamis, 1 April 2010

Solat Jamak dan Qasar..... dari pemahaman hamba yang dhaif.

Salam Semua.......
Disini saya ingin huraikan sedikit tentang Solat Jamak dan Qasar berdasarkan pemahaman saya mengikuti kuliah agama oleh Ustaz Jamsari di Surau Madrasatul Iman Puchong Utama.
Secara amnya Jamak bermaksud himpun dimana Solat Zohor dihimpun dengan Asar, Solat Maghrib dihimpun dengan Isyak dan Solat Subuh tidak boleh di Jamak atau Qasar. Manakala Qasar bermaksud memendekkan rakaat, dimana Solat Zohor dari 4 rakaat kepada 2 rakaat, begitu juga dengan Solat Asar dan Isyak dari 4 rakaat kepada 2 rakaat. Solat Maghrib kekal 3 rakaat (tidak boleh Qasar).
Solat Jamak dan Qasar boleh dilakukan apabila bermusafir dengan tujuan yang baik seperti balik kampung ziarah ibubapa atau saudara-mara ataupun menunaikan jemputan kenduri kahwin. Tapi kalau bermusafir kerana menonton perlawanan bolasepak atau konsert adalah tidak dibenarkan. Solat Jamak dan Qasar boleh dilakukan apabila perjalanan kita melebihi 2 marhalah (lebih dari 91km) dan boleh dilakukan apabila kita keluar dari rumah kita dan melepasi kawasan kariah (tidak perlu perjalanan melebihi 91km). Solat Qasar boleh dilakukan didalam satu waktu iaitu Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor atau Asar dan Solat Isyak dalam waktu Maghrib atau Isyak, contohnya, Solat Qasar Zohor dibuat 2 rakaat dalam waktu Zohor dan meneruskan perjalanan, apabila tiba waktu Asar menunaikan Solat Qasar Asar 2 rakaat.
Diantara soalan yang diajukan adalah seperti berikut:-
   Soalan 1: Contoh kita niat bermusafir untuk menziarahi saudara kita yang jarak perjalanan melebihi 91km, setelah melepasi kawasan kariah kita dan berhenti untuk melakukan Solat Jamak dan Qasar Zohor serta Asar. Setelah menunaikannya tiba-tiba saudara yang hendak kita ziarahi itu talipon yang ianya dah sampai dirumah kita, adakah kita perlu menunaikan semula Solat Zohor dan Asar.
  Jawapan 1 : Tidak perlu dilakukan semula walaupun perjalanan kita belum melepasi 91km dengan syarat kita tidak mengetahui yang saudara kita datang untuk menziarahi kita.
   Soalan 2 : Apabila bermusafir, berapa hari kita dibenarkan melakukan solat Jamak dan Qasar.
  Jawapan 2 : Selama 3 hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. Jika kita merancang untuk bermusafir selama 4 hari atau lebih tidak termasuk perjalanan pergi dan balik adalah tidak dibenarkan. Contoh: memulakan perjalanan pada pagi  hari ahad dan sampai ke destinasi pada petangnya dan tinggal selama 4 hari iaitu dari hari isnin hingga khamis dan bertolak balik pada hari jumaat, bermakna kita tidak boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar selama kita tinggal disitu.Solat Jamak dan Qasar boleh dilakukan apabila kita memulakan perjalanan balik.

Insya Allah saya cuba sambung lagi dilain waktu dan kesempatan..... sesungguh yang jahat itu dari saya yang hina ini dan yang betul itu adalah dari Allah S.W.T.
Petikan ini hasil dari pemahaman saya semasa mengikuti kuliah Maghrib di Surau Madrasatul Iman Taman Puchong Utama yang telah disampaikan oleh Ustaz Jamsari. Jika ada sebarang kesilapan minta ditegur dan ianya adalah kelemahan saya sebagai hamba Allah yang dhaif. Mohon diampunkan.

Simbol dan fungsinya....

Disini saya updated semula berkaitan dengan simbol dan juga fungsinya.
Jika ada sebarang kesilapan sila betulkan.................

Rabu, 31 Mac 2010

Mengenal Simbol-Simbol Asas Elektronik


          Arus Ulang-alik (AC)               Arial                  Penguat (amplifier)

     
Ammeter                                      Bateri      

                                                 Buzer                                              Kapasitor 

 
Kapasitor Elektrolitik                       Kapasitor Trimmer


 
  Kapasitor Boleh-laras                                   Cel                

 
                       Bekalan Arus Terus (DC)              Bumi (Earth/Ground)  

           Fius                                            Galvanometer

 
Pemanas (Heater)                           Induktor  

Bersambung ........

Selasa, 30 Mac 2010

Sekapur Sireh dari saya....

Salam cbyer untuk semua...
Pertamanya terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.
Bukan maksud saya untuk mengajar, hanya sekadar berkongsi apa yang saya ingat dan jika ada sebarang kesilapan atau penambahan yang perlu dilakukan, dengan rasa rendah hati saya mempersilakan sebarang komen dan ulasan.
Terdapat juga artikel yang saya ambil dan olah mengikut kefahaman saya dan jika ada sebarang kesamaan dengan lain-lain punca mungkin ianya secara kebetulan yang tidak disengajakan.
Saya juga mohon maaf kerana sesetengah gambar saya ambil dari laman web atau blog tanpa mendapat keizinan dari empunya diri.
Sekali lagi jika ada sebarang komen atau ulasan sudi-sudikanlah meluangkan waktu sebagai tatapan umum.
Dan jika ada sesiapa yang ingin mengambil bahan-bahan yang ada didalam blog ini, saya dengan sukahatinya mengizinkannya.
Anggaplah blog ini sebagai tempat untuk berkongsi ilmu pada yang minat pada bahagian elektronik.

sekian dari saya dan salam perkenalan dari alam cyber untuk semua....

Jumaat, 26 Mac 2010

Asas Komponen Elektronik (Perintang - Resistor)

Komponen asas terdiri dari perintang (resistor), Kapasitor (capasitor), Transistor, Diod (diode) dan sebagainya lagi.
Fungsi Perintang, Mengawal arus dan susutan voltan didalam litar. Unit yang digunakan untuk menyukat perintang adalah Ohm.
Semakin tinggi nilai perintang bermakna semakin rendah pengaliran arus didalam litar tersebut. Sifat perintang adalah berlawanan dengan arus.
Ini telah dibuktikan dengan Hukum Ohm's.
Perintang terdiri dari pelbagai saiz dan rupa, terdapat 2 jenis perintang :-
1. Perintang Tetap - dimana nilainya telah ditetapkan dan terdiri dari
2 jenis iaitu Karbon (campuran karbon dan tanah liat) dan berlilit
dawai (nikrom dan mangan).
Untuk mengetahui nilai sesuatu perintang adalah melalui kod warna,
kod nombor yang tertera dibadan perintang.
2. Perintang Boleh-ubah - dimana nilainya boleh dilaras dari 0 ohm
hingga kenilai maksima perintang tersebut. contohnya seperti pelaras
kelajuan kipas siling dan sebagainya.
Semua peralatan elektronik menggunakan perintang didalam litarnya untuk
mengawal sesuatu.
Pada masa ini terdapat dalam saiz yang amat kecil tapi tidak merubah
fungsinya. Contohnya didalam litar talipon bimbit, komputer peribadi dsbg.

bersambung lagi............

Selasa, 23 Mac 2010

Sejarah PLC

Pada awal revolusi industri, mesin yang dikawal sepenuhnya oleh elektronik telah dicipta dan ianya menggunakan relay mengendalikan pergerakan mesin (iaitu tekan Start untuk menjalankan mesin dan tekan Stop untuk menghentikan mesin). Disini penggunaan relay yang terlalu banyak untuk sesetengah mesin membuatkan kotak kawalan mesin menjadi begitu besar. Terdapat juga beberapa fungsi atau fungsi yang terhad yang tidak dapat digunakan untuk mengawal mesin tersebut.
Diantara kelemahan relay adalah :-
- Relay gagal berfungsi.
- Tindakbalas lambat untuk ON/OFF.
- Memerlukan ruang yang luas, masa yang lama untuk menyiapkan
mesin, masa baikpulih yang lama.

Penemuan PLC telah dapat mengatasi semua masalah diatas dan pembangunan serta pembaharuan terhadap PLC terus berkembang pesat dan menjadi permintaan yang amat popular didalam sektor perindustrian masa kini.

Isnin, 22 Mac 2010

Apa itu PLC?

PLC adalah singkatan dari Programmable Logic Controller. PLC banyak digunakan untuk menjalankan mesin-mesin yang ada didalam sektor perindustrian sekarang. PLC berfungsi sebagai mengantikan relay. Relay sebelum ini digunakan untuk membina sesuatu mesin. Diantara keburukkan menggunakan relay adalah memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan sesebuah mesin kerana segala pendawaian litar perlu dilaku satu persatu, Dan lagi kos untuk membina dan membaikpulih yang tinggi dan juga mengambil masa yang lama untuk mengesan atau mencari kerosakan. Selaian daripada itu memerlukan stok alatganti yang tinggi kerana penggunaan relay yang banyak.

Dengan adanya teknologi PLC, kita dapat memendekkan masa untuk membina sesuatu mesin dan dengan pengunaan relay yang amat sedikit menjadikan PLC amat efisien untuk digunakan dalam pembinaan mesin dan ianya berkembang amat pesat sejajar dengan perkembangan industri sekarang ini.

PLC, ia adalah lebih/kurang sebuah komputer kecil dan mempunyai sistem operasi yang sedia terbina (Built-in OS).
OS (operating System) ini direka khusus untuk mengawal atau bertindak pada masa sebenar (Real Time) jika berlaku perubahan pada isyarat masuk (Input Signal). PLC mempunyai input yang akan menentukan tindakan yang perlu dilakukan seterusnya oleh OS (contohnya: suhu diatas/dibawah kawalan, tahap kuantiti masuk cecair dan sebagainya) dan PLC yang mempunyai output akan bertindak secara real time terhadap signal yang masuk (contoh: menjalankan mesin, buka/tutup injap dan sebagainya). Sistem ini telah diprogram mengikut kehendak atau keperluan pengguna dengan menggunakan bahasa yang dipanggil “Relay Ladder” atau “Relay Ladder Logic”.
OS ini sangat khusus untuk menangani peristiwa yang masuk secara real time, iaitu pada saat terjadinya. PLC mempunyai jalur input sensor yang terhubung di mana untuk memberitahu tentang peristiwa (misalnya suhu di atas / di bawah tingkat tertentu, tahap cair sampai, dll), dan mempunyai jalur output untuk isyarat reaksi apapun peristiwa yang masuk (contohnya memulakan sebuah mesin, buka / tutup injap, dll) Sistem ini diprogram pengguna. Menggunakan Bahasa yang disebut "Relay Ladder" atau "Relay Ladder Logic". Nama ini sempena teknologi sebelum ini yang menggunakan “relay” untuk membina sesuatu litar. Dan ianya telah disimulasikan dengan penggunaan teknologi computer.